Industry Automation Seminar Bersama Pelajar BTech, FKM UiTMCPP
18 Jun 2026 - Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (BTech), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu seminar bersama pelajar Pra Diploma Sains (STEM C & Sastera) sebagai aktiviti SULAM mereka. Seminar ini membolehkan pelajar Pra Diploma merasai sendiri aktiviti pembelajaran automasi dan dapat memberikan satu pendedahan awal kepada mereka tentang bidang kejuruteraan. Penghargaan diberikan kepada pensyarah BTech, iaitu Dr Muhd Azhar Bin Zainol yang telah mempelawa pelajar Pra Diploma untuk turut serta dalam program ini.