assalamualaikum & salam sejahtera


Mengenali Unit Pra Diploma UiTMCPP


Program Pra Diploma ini dahulunya adalah program yang dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), kemudian dikenali pula sebagai Pra Pendidikan Tinggi (PPT). Mulai 15 April 2023, PPT telah dijumudkan dan kini program ini dikenali sebagai Pra Diploma. Program ini berteraskan kepada falsafah universiti yang percaya bahawa bahawa seseorang individu itu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni. Program ini adalah terbuka kepada golongan B40 dan juga bukan B40 agar kesemua mereka dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


Terdapat dua tujuan utama program ini, iaitu:


1. Mengambil pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperolehi keputusan SPM yang tidak memenuhi syarat-syarat keperluan UPU.


2. Membolehkan pelajar lepasan aliran perakaunan/ perniagaan/ seni semasa SPM, untuk ke Diploma aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik.